10 November 2022, 07:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – AmBank Group mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2022 ialah 12.2%, lebih baik berbanding pertumbuhan suku kedua iaitu pada 8.9%.
Kumpulan itu menyatakan bahawa mereka mengekalkan unjuran KDNK tahun penuh pada 7.5% dengan peningkatan 8.5% yang disokong oleh angka pengeluaran perindustrian (IP) terkini yang terus mengembang sebanyak dua digit selain eksport dan penggunaan swasta yang lebih kukuh. Ketua ekonomi/ketua penyelidikan kumpulan Ambank, Dr Anthony Dass menyatakan bahawa aktiviti pembuatan yang lebih sederhana pada bulan Oktober dengan mengambil petunjuk daripada penguncupan ketara Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan baru-baru ini dan kesan asas yang lebih tinggi.
Beliau menyatakan bahawa bacaan keseluruhan turun kepada 48.7 pada Oktober daripada 49.1 bulan sebelumnya disebabkan oleh kemerosotan dalam keadaan pasaran global dan permintaan pelanggan yang lesu. Beliau turut menambah pengeluaran peralatan pengangkutan dan pembuatan lain meningkat sebanyak 21.6% tahun ke tahun berbanding 55.2% tahun ke tahun pada Ogos 2022, manakala kayu, perabot, produk kertas dan pencetakan mengembang 8.7% tahun ke tahun (Ogos 2022: 16.6% tahun ke tahun).
Beliau merujuk kepada data pada asas bulan ke bulan, pengeluaran komoditi ini meningkat sebanyak 2.4% yang merupakan pada kadar yang lebih perlahan berbanding pertumbuhan bulan sebelumnya sebanyak 6.0%. “Bagaimanapun, pembelian semikonduktor global telah menguncup sejak Julai tahun ini, mencerminkan berakhirnya kitaran teknologi. “Namun, kami menjangkakan jualan semikonduktor global berkembang sebanyak 14.0% pada tahun 2022 dan 5.0% pada tahun 2023.”
IP Malaysia pada September berkembang sebanyak 10.8% tahun ke tahun pada kadar yang lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya iaitu 13.5% tahun ke tahun.
Angka itu menjadikan pertumbuhan IP setakat ini kepada 7.9% berbanding 8.85 pada tahun 2021.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!