9 November 2022, 14:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuantan –┬áTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA) memperuntukkan RM508.02 juta bagi melaksanakan program pembangunan penanaman semula getah di seluruh negara.
Beliau menerangkan bahawa peruntukan itu melibatkan program produktiviti dan pemasaran, program hasil baharu serta program keusahawanan. Beliau menambah RISDA Pahang telah berjaya melaksanakan penanaman semula getah seluas 15 813 hektar daripada sasaran 16 596 hektar yang ditetapkan.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa hasil daripada peningkatan subsidi bantuan penanaman semula getah kepada RM13 710 sehektar berbanding RM9230 sebelum ini untuk Semenanjung Malaysia telah memberi manfaat dan impak besar kepada semua pekebun kecil. Kerajaan telah menyalurkan pelbagai bantuan termasuk menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan RISDA, menyalurkan pelbagai bantuan kepada pekebun kecil bagi meringankan beban ditanggung golongan berkenaan dalam meneruskan kehidupan. Beliau turut menambah kerajaan sedar pekebun kecil mengalami masalah produktiviti rendah akibat keadaan cuaca, kekurangan tenaga kerja dan kestabilan harga pasaran.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!