8 November 2022, 12:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Nilai kerja pembinaan pada suku ketiga 2022 melonjak 23.2% kepada RM30.5 bilion berbanding suku tahun yang sama 2021 (suku kedua 2022: RM29.9 bilion).
Dalam Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Suku Ketiga 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan bahawa pengembangan tersebut dipacu oleh subsektor bangunan bukan kediaman (37.7%), aktiviti pertukangan khas (32.2%), bangunan kediaman (17.8%) dan kejuruteraan awam (14.6%). “Pada suku ketiga 2022, subsektor kejuruteraan awam kekal sebagai penyumbang utama nilai kerja pembinaan dengan sumbangan sebanyak 37.9%, diikuti oleh bangunan bukan kediaman (30.4%), bangunan kediaman (22.3%) dan aktiviti pertukangan khas (9.4%).”
DOSM turut menambah bahawa nilai kerja yang dimiliki oleh sektor swasta berjumlah meningkat ketara 31.8% (suku kedua 2022: 14.8%) kepada RM18.0 bilion dengan sumbangan sebanyak 59.0%. Sementara itu, nilai kerja yang dimiliki oleh sektor awam meningkat 12.6% (suku kedua 2022: -4.0%).
Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi iaitu sebanyak RM6.9 bilion, diikuti oleh Wilayah Persekutuan (RM5.3 bilion) dan Sarawak (RM3.6 bilion) yang secara kolektif menyumbang 51.9% atau RM15.8 bilion. Kerja pembinaan bagi tiga suku tahun 2022 mencatatkan nilai RM89.9 bilion, merekodkan peningkatan sebanyak 6.6% berbanding tempoh yang sama 2021 (tiga suku tahunan 2021: -2.1%).
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.