4 November 2022, 09:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Bank akan menyemak semula kadar rujukan mereka susulan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia kepada 2.75% daripada 2.50% semalam.
RHB Banking Group dan Public Bank akan menyemak semula Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas. RHB Bank menyatakan bahawa SBR akan dinaikkan kepada 2.75% daripada 2.50%, BR kepada 3.50% setahun daripada 3.25% dan BLR kepada 6.45% setahun daripada 6.20%.

Public Bank turut menyatakan bahawa SBR akan menjadi 2.75% manakala BR akan dinaikkan kepada 3.27% daripada 3.02% dan BLR akan dinaikkan kepada 6.47% daripada 6.22%. Sejajar dengan semakan semula itu, kadar deposit tetap RHB Bank, RHB Islamic Bank dan Public Bank akan turut diselaraskan.
Affin Bank Bhd turut menyatakan bahawa Affin Bank, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank Bhd akan turut menaikkan kadar rujukan mereka sebanyak 25 mata asas manakala Kadar Deposit Tetap Affin Bank dan Kadar Deposit-i Berjangka Affin Islamic akan turut dinaikkan. Perubahan tersebut berkuat kuasa pada 7 November 2022 untuk semua institusi kewangan ini.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.