2 November 2022, 08:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa pelaksanaan rangkaian borong tunggal 5G yang pertama di dunia oleh Digital Nasional Bhd (DNB), pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dalam industri telekomukasi Malaysia berpotensi untuk menjimatkan kos pembinaan infrastruktur kira-kira RM30 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pada 31 Oktober lepas, lima MNO Malaysia, Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), U Mobile Sdn Bhd, dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) masing-masing telah menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB. Beliau menyifatkan perjanjian akses 5G yang dimeterai oleh lima MNO dan DNB tersebut merupakan pencapaian penting dalam melaksanakan visi 5G negara bagi memacu pembangunan ekonomi digital dalam tempoh jangka panjang.

Beliau turut menambah kos pembangunan rangkaian 5G sebanyak RM16.5 bilion dalam tempoh 10 tahun tanpa sebarang pembiayaan atau jaminan kerajaan selain suntikan ekuiti bernilai RM500 juta untuk memulakan operasi syarikat DNB. DNB komited untuk mempercepatkan pembangunan rangkaian dan infrastruktur 5G,
Beliau menegaskan bahawa pewujudan khidmat 5G akan meningkatkan produktiviti, kecekapan dan inovasi yang dijangka mewujudkan sebanyak 750 000 pekerjaan berkemahiran tinggi dan menjana RM650 bilion bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara kumulatif sehingga tahun 2030.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!