1 November 2022, 08:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa Bajet 2023 mungkin menyaksikan beberapa pelarasan berdasarkan ekonomi semasa apabila dibentangkan semula. Walau bagaimanapun, beliau  menegaskan bajet yang dibentangkan pada 7 Oktober lepas bukan sahaja “belanjawan yang bertanggungjawab” tetapi juga “inklusif, lebih progresif” dan yang paling penting ialah “mampan”.
Beliau turut menekankan bahawa belanjawan itu akan menyaksikan penurunan defisit. Bajet itu bukan sahaja mengutamakan perbelanjaan dalam sektor terpenting bagi pengembangan ekonomi tetapi juga membangunkan kumpulan yang betul untuk bergerak ke hadapan termasuk kawasan yang kurang maju. Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan perlu meningkatkan kutipan hasil kerana kutipan hasil masih agak rendah.

Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dijangka berkurangan sebanyak 4.4% menjelang tahun 2023 kepada RM272.6 bilion atau 15% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berikutan jangkaan kutipan hasil bukan cukai yang lebih rendah. Hasil bukan cukai pada tahun 2023 dijangka merosot sebanyak 23% dari tahun ke tahun kepada RM67 bilion disebabkan dividen yang kurang memberangsangkan daripada entiti kerajaan.
Angka itu sejajar dengan laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 7 Oktober lepas. Bajet 2023 dibentangkan tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!