Oleh Ritah Yahaya
31 Oktober 2022, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjung Malim – Bersempena dengan 100 tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pejabat Karang Mengarang, UPSI menganjurkan Pesta Buku Sempena 100 Tahun UPSI dan Fiesta Buku Mualim 2022.

Menurut Puan Faridah Hanim Aziz, Perancang Bahasa di Pejabat Karang Mengarang, UPSI, pesta buku ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 25 pemaper yang terdiri daripada penerbit  buku dari pelbagai agensi awam dan swasta dari seluruh negara, termasuklah penerbit universiti dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Penganjuran Pesta Buku Sempena 100 Tahun UPSI dan Fiesta Buku Mualim 2022 bertujuan meningkatkan keterlihatan UPSI melalui program penerbitan dan pemasaran buku oleh Pejabat Karang Mengarang, UPSI.

Pesta Buku Sempena 100 Tahun UPSI dan Fiesta Buku Mualim 2022 ini dirasmikan oleh YB Ahmad Saidi Muhamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak.

Dalam majlis yang sama, YB Ahmad Saidi turut menyerahkan sumbangan buku kepada beberapa buah sekolah di daerah Muallim. Antara sekolah tersebut termasuklah Sekolah Kebangsaan Methodist Tanjong Malim, Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Sekolah Kebangsaan Proton City, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tan Sri Datuk Manickavasagam.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.