Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 27 Oktober hingga 2 November 2022.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada kadar RM2.15 seliter.
Menurut kementerian itu, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).