18 Oktober 2022, 08:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Dana Permodalan Semula Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bernilai RM600 juta dalam bentuk ekuiti dilancarkan secara rasmi hari ini bagi usahawan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Dana Permodalan Semula PKS merupakan sebahagian daripada Program Semarak Niaga yang diperkenalkan sewaktu Bajet 2022 yang bertujuan memastikan pertumbuhan semula PKS, menggalakkan pengembangan perniagaan serta mengawal tahap keberhutangan mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang lebih inovatif.
SME Bank memperuntukkan RM200 juta untuk Dana Permodalan Semula PKS, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) RM300 juta manakala Bank Simpanan Nasional menyumbang RM100 juta. Agensi itu akan bertindak sebagai agensi pelaksana program ini. Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Aria Putera Ismail menyatakan bahawa melalui pelaburan Dana Permodalan Semula PKS, usahawan PKS akan dapat menstrukturkan semula keperluan kewangan perniagaan mereka dan dijangka memanfaatkan hampir 600 PKS. “Program itu akan membolehkan usahawan memberikan tumpuan kepada aspek penawaran produk, peningkatan perkhidmatan serta membantu mengembangkan perniagaan mereka.”
Beliau juga menambah dana tersebut menawarkan pelaburan ekuiti sehingga RM5 juta untuk usahawan yang layak danĀ  boleh digunakan bagi keperluan modal kerja dengan tempoh bayaran balik hingga lima tahun dengan anggaran kadar dividen enam peratus setahun. Sebagai nilai tambah, beliau menyatakan bahawa usahawan yang layak akan mengikuti Program Ekuiti Malaysia yang akan dijalankan oleh Centre for Entreprenur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR), anak syarikat SME Bank yang juga rakan pelaksana program berkenaan. “CEDAR akan menggunakan kecerdasan buatan iaitu emEnterprise Life Cycle Scoring Assessment/em atau ELSA untuk memperoleh laporan tentang kitaran hayat perniagaan usahawan yang terlibat untuk membantu mereka merangka pelan perniagaan terkini dan menetapkan sasaran perkembangan syarikat.”
Usahawan PKS yang berminat untuk mengetahui tentang Dana Permodalan Semula PKS boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di 03-2603 7700 atau layari laman web rasmi www.a href=”https://smerecapfund.com”smerecapfund.com/a untuk maklumat lanjut.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.