14 Oktober 2022, 16:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Cyberjaya – Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan peningkatan hasil jualan berjumlah RM437 000 menerusi penganjuran program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Edisi Sarawak 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin menyatakan bahawa kejayaan terbaharu itu melibatkan seramai 56 usahawan daripada dua industri iaitu kafe dan restoran serta jualan pasar raya (makanan & minuman). Tambah beliau, program tersebut juga berjaya mencapai objektif ditetapkan apabila lebih separuh daripada jumlah peserta program dapat meningkatkan hasil jualan perniagaan di antara 20 peratus hingga melebihi 100 peratus. “Pada masa sama, sebanyak 15 pekerjaan baharu dicipta dalam tempoh empat bulan program tersebut dijalankan yang merupakan inisiatif secara komprehensif hasil kolaborasi strategik bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). “Program IBBC ini dilengkapi dengan aspek latihan dan bimbingan secara holistik. Peserta dipantau bagi memastikan skala serta kemahiran perniagaan dapat ditingkatkan untuk berdepan pelbagai cabaran mendatang.”

Tambah beliau, kejayaan itu lebih manis apabila dicapai selepas hanya empat bulan program itu dijalankan bersama semua peserta. “Program ini bertujuan memberikan panduan kepada usahawan tempatan untuk mengembang dan melonjakkan prestasi perniagaan selain mereka berpeluang untuk belajar dan menguasai teknik menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan. “Hasilnya, ada peserta yang dapat meningkatkan hasil jualan sebanyak 174 peratus yang tertinggi dalam industri jualan pasar raya (makanan & minuman).
Faktor utama kejayaan ialah bungkusan produk lebih menarik dan menggunakan strategi pemasaran secara dalam talian.“Selain itu, peserta juga berjaya meningkatkan jualan sebanyak 57 peratus dalam industri kafe dan restoran.” INSKEN telah melaksanakan sebanyak 21 program IBBC di pelbagai negeri pada tahun ini sehingga September 2022.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.