14 Oktober 2022, 09:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Labuan – Aktiviti perdagangan barter di Labuan yang terhenti sejak tahun 2016 akan beroperasi semula tidak lama lagi dengan bot kayu ‘Kumpit’ dari selatan Filipina dijadual tiba pada akhir bulan ini. Ekonomi wilayah itu turut terjejas selepas aktiviti perdagangan barter antara Labuan dan selatan Filipina digantung pada tahun 2016 selepas beroperasi lebih daripada empat dekad lamanya.
Pengerusi Dewan Perniagaan Labuan (LCC), Daniel Doughty menyatakan bahawa permohonan bagi membolehkan aktiviti pemunggahan di Pelabuhan Labuan telah diserahkan kepada pelbagai agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan pelepasan terbabit. Beliau menambah pihaknya turut membantu kalangan penggiat industri pemunggahan barangan terbabit, termasuk dari segi dasar yang menetapkan kapal-kapal bukan konvensional (NCV) yang singgah di Pelabuhan Labuan yang disyaratkan mempunyai insurans perlindungan dan tanggung rugi (PI).
LCC juga akan terus membantu persatuan perniagaan tempatan ke arah menyelesaikan perkara berkaitan dasar yang memberi kesan terhadap perniagaan dan industri.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.