11 Oktober 2022, 20:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur- Dewan Ekonomi telah mengajurkan program Sembang Tamu yang bertajuk Ekonomi Malaysia: Belanjawan 2023 dan Pemulihan Pasca-COVID-19. Program itu berlangsung pada 11 Oktober 2022 pada pukul 2.30 petang. Program itu disiarkan melalui FB Langsung Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan saluran youtube DBP.

Program itu menampilkan dua orang ahli panel dan seorang moderator yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam bidang ekonomi iaitu Datuk Seri Dr. Md Zabid Haji Abdul Rashid, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai dan Dato Dr. Madeline Berma. Mereka mengupas dengan lebih lanjut tentang isi kandungan Belanjawan 2023 dan potensi keadaan ekonomi Malaysia pada tahun hadapan.

Mereka menyatakan bahawa Belanjawan 2023 merupakan persiapan negara untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi global pada tahun hadapan. Belanjawan 2023 menumpukan tiga aspek utama iaitu pemulihan, pembaharuan dan pengukuhan daya tahan. Mereka juga membincangkan tentang cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan Belanjawan 2023 kerana Parlimen sudah pun dibubarkan pada 10 Oktober 2022. Oleh itu, Belanjawan 2023 perlu dibentangkan semula di Parlimen setelah kerajaan baharu dibentuk.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.