Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar  – Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyaksikan pelantikan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sebagai Nazir Khas Dana Wakaf Jamalullail ketika Majlis Menandatangani Surat Hasrat Pelantikan Nazir Khas di antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan KUIPs sempena Seminar Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Perlis dan Roadshow Bulan Wakaf Kebangsaan (BWK) tahun 2022.

Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) ini turut menampilkan lima orang pensyarah KUIPs dari lima buah negara berbeza iaitu Malaysia, Iraq, Mesir, Yaman dan Nigeria manakala Indonesia diwakili oleh Rektor Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM), Profesor Madya Dr. Waluyo Adi Siswanto dalam sesi Diskusi Meja Bulat yang membincangkan berkaitan amalan wakaf di negara masing-masing bertepatan dengan tujuan seminar yang diadakan iaitu untuk memupuk kesedaran berwakaf dalam kalangan masyarakat sebagai salah satu instrumen memperkasakan ekonomi ummah.

Majlis yang berlangsung selama tiga jam di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis ini juga menyaksikan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Projek Buku Wakaf yang melibatkan KUIPs, UiTM Perlis dan INCEIF University.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.