30 September 2022, 16:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sepang – AirAsia telah dinobatkan sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13 berturut-turut.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes menyatakan bahawa tahun ini terasa lebih istimewa kerana para pengundi terus menyokong syarikat walaupun telah melalui tempoh yang amat sukar berikutan COVID-19. Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan tahniah atas pencapaian tersebut dan menyatakan bahawa AirAsia bukan sahaja telah memacu dan merevolusikan perjalanan udara dengan tambang rendah di Malaysia dan ASEAN, malah memberi sumbangan besar kepada industri pelancongan dan sektor ekonomi negara.
Sebagai anugerah penanda aras global bagi kecemerlangan syarikat penerbangan, Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 menerima undian daripada 14.3 juta pelanggan yang terdiri daripada lebih 100 warganegara yang mengundi lebih 300 syarikat penerbangan dari September 2021 hingga Ogos 2022.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.