29 September 2022, 16:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah bekerjasama dengan TM One akan terus memperkukuh fokus bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyatakan bahawa negeri yang terlibat dalam program itu  ialah Kuala Lumpur, Putrajaya, bandar utama di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak. Beliau menambah bahawa bandar pintar itu akan menumpukan projek ini di kawasan yang berpenduduk padat seperti kawasan perindustrian dan akan diperluaskan ke kawasan lain.
Pembangunan bandar pintar itu akan menerapkan empat teras utama untuk mewujudkan ekosistem digital yang inklusif iaitu kerajaan pintar, ekonomi pintar, masyarakat pintar dan infrastruktur pintar.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.