28 September 2022, 16:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa kerajaan memberikan moratorium hutang tanpa faedah ke atas semua jenis pinjaman menerusi Belanjawan 2023.
Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin menyatakan bahawa hal ini demikian kerana Belanjawan 2023 perlu  memfokuskan untuk membantu rakyat yang cukup terkesan disebabkan pandemik COVID-19. Moratorium hutang tanpa faedah perlu diberikan ke atas semua jenis pinjaman termasuk kredit kecuali hutang kad kredit di bawah kawalan semua Kementerian bermula daripada 1 Oktober hingga 31 Disember 2022.

Selain itu, pihaknya juga mencadangkan agar kerajaan mengurangkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan untuk tempoh Januari-Disember tahun 2023 sebagai langkah persediaan menghadapi keadaan kemelesetan ekonomi yang dijangka lebih buruk tahun depan. Meskipun menyedari langkah itu akan mengurangkan simpanan caruman KWSP pekerja, pertimbangan wajar dibuat demi kelangsungan sektor pekerjaaan dan mengurangkan jumlah pengangguran.

Pada masa sama, MTEM juga menggesa kerajaan memberikan perhatian terhadap perlindungan daripada kemuflisan dengan mencadangkan pindaan Seksyen 5(1)a Akta Insolvensi menaikkan had RM100 000 kepada RM1000 000 bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2025. Selain itu, mereka juga turut mencadangkan agar dasar perolehan kerajaan diberikan untuk Bumiputera sebanyak 90 peratus manakala perolehan GLC sebanyak 50 peratus untuk Bumiputera daripada segi nilai berdasarkan kerangka Agenda Bumiputera Genuine dalam semua bidang.
MTEM juga mahu peruntukan untuk semua agensi pengupayaan Bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditambah 30 peratus khusus untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera untuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan 13. Kerajaan juga dicadang memperuntuk RM200 juga bagi kempen-kempen nasional seperti “Belilah Barangan Malaysia”, “Buy Malaysian First” dan “Buy Muslim First” sebagai agenda pembangunan rantaian bekalan Bumiputera.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.