Oleh Ritah Yahaya
27 September 2022, 15:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur  – Coway  menunjukkan semangat “Cowayian” (Warga Coway) sebenar apabila syarikat Best Life Solution tersebut berganding bahu bersama-sama Reef Check Malaysia untuk menjayakan program pemuliharaan terumbu karang di Pulau Tioman baru-baru ini.

Program yang turut disertai oleh para pelanggan setia dan kakitangan Coway, acara Coway EcoCamp 2022 menyaksikan rombongan peserta mengunjungi salah satu tapak pemuliharaan karang Reef Check Malaysia.

Tapak pemuliharaan terumbu karang Coway yang terletak di Kampung Tekek,
berhampiran Pusat Taman Marin dan bersebelahan Jeti Marine Park, Pulau Tioman.
Program kesedaran ini, termasuklah kunjungan ke lokasi untuk melihat tahap tumbesaran 400 anak karang yang telah ditanam oleh Coway pada awal tahun ini. Pasukan ini juga berkesempatan untuk mengamati pemandangan indah tapak karang Coway yang kini dipenuhi dengan karang yang sihat dan hidupan laut. Selain  pemuliharaan karang, pasukan EcoCamp Coway juga menjalankan pembersihan pantai di Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Kakitangan dan pelanggan setia Coway membersihkan pantai bersama-sama semasa menyertai Coway EcoCamp 2022 yang diadakan baru-baru ini. Program tersebut merupakan EcoCamp pertama anjuran Coway, yang dilaksanakan di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat  dengan matlamat untuk menyebarkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar.

Program Pemuliharaan Terumbu Karang ini merupakan satu daripada komitmen Coway untuk menjadikan dunia tempat yang lebih indah untuk dihuni, bukan sahaja menggalakkan kehidupan sihat tetapi juga menerusi pemuliharaan alam sekitar dan ekosistem.

Tapak pemuliharaan terumbu karang Coway yang terletak di Kampung Tekek, berhampiran Pusat Taman Marin dan bersebelahan Jeti Marine Park, Pulau Tioman.

Hal ini sejajar dengan wawasan syarikat untuk mewujudkan persekitaran kehidupan lebih sihat untuk seluruh masyarakat. Pemuliharaan terumbu karang amat penting kerana terumbu memainkan peranan penting dalam ekosistem marin. Selain bertindak sebagai tempat tinggal, terumbu merupakan sumber makanan bagi pelbagai hidupan laut. Pada masa yang sama, terumbu karang melindungi kawasan pantai daripada ribut dan hakisan, menyokong ekologi pulau dan membuka peluang pekerjaan bagi para penduduk tempatan pulau ini.

Kakitangan dan pelanggan setia Coway membersihkan pantai  semasa menyertai Coway EcoCamp 2022.

Coway yakin bahawa inisiatif memulihara alam sekitar dan mencetus perubahan
pada hari ini akan membina hari esok yang lebih indah. “Menerusi EcoCamp ini, Coway berharap untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan alam sekitar sambil berusaha mendorong lebih ramai orang dan organisasi korporat lain untuk memainkan peranan mereka dalam pemuliharaan alam sekitar. Coway yakin bahawa tindakan untuk memulihara alam sekitar dan mencetus perubahan pada hari ini akan membina hari esok yang lebih indah,” kata Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran Coway Malaysia.

Selain pemuliharaan terumbu karang, Coway juga melindungi alam sekitar menerusi program CSR lain seperti program Guardians Against Garbage. Untuk program tersebut, Coway bekerjasama dengan EcoKnights untuk menjalankan pelbagai aktiviti alam sekitar seperti pembersihan sungai, larian kutip (plogging) sampah sambil berjoging dan projek kitar semula.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.