27 September 2022, 17:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Agensi pemudah cara kerajaan bagi sektor perniagaan perlu terus bersedia untuk membantu kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana  mempertahankan pemulihan yang telah dicapai pada tempoh pasca-pandemik.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa agensi terbabit seperti syarikat jaminan pembiayaan perniagaan berhad (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) secara kolektif dapat membantu dalam memastikan PMKS Malaysia untuk terus menyesuaikan diri dan maju dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah.
Beliau menegaskan bahawa langkah ini penting memandangkan Malaysia dijangka berdepan banyak cabaran dalam suku keempat dan tahun 2023 akibat faktor luaran seperti perang di Ukraine yang masih berterusan, dasar sifar COVID-19 China, pendekatan bank pusat atau Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedah bagi menangani inflasi dan gangguan rantaian bekalan.
Beliau turut mengulas lanjut bahawa kerajaan akan terus memberi tumpuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif, mencapai ketahanan serta daya saing yang tinggi melalui penerapan teknologi yang inovatif dalam Belanjawan 2023. Selain itu, kerajaan juga akan turut menaik taraf pembangunan modal insan dan tenaga kerja perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.