Oleh Ritah Yahaya
24 September 2022, 13:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa  tempoh matang dua tahun Sukuk Prihatin yang dilancarkan pada 22 September 2020. Sukuk Prihatin ditubuhkan selepas menerima permintaan dari pelbagai pihak untuk turut bersama-sama membantu dalam usaha pemulihan negara ketika Malaysia dilanda pandemik COVID-19. Sukuk tersebut  ditebus sepenuhnya pada 22 September 2022.

Terbitan Sukuk Prihatin telah ditambah sebanyak RM166 417 500.00 ekoran sambutan yang amat menggalakkan dan telah dilanggan oleh 2436 pembeli individu dan korporat dengan jumlah keseluruhan terbitan sebanyak RM666 417 500.00 Jumlah terbitan telah disalurkan bagi membiayai sebahagian perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang COVID-19, termasuklah pinjaman mikro kredit di bawah Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional, bantuan khas untuk pelajar institusi pendidikan tinggi, kempen e-Dagang bagi PKS dan perusahaan mikro serta pelbagai perbelanjaan berkaitan kesihatan awam dalam usaha membendung pandemik COVID-19.

Sukuk Prihatin telah diktiraf kerana ciri inovatifnya yang menggabungkan unsur digital, pelaburan runcit dan tujuan amal. Sukuk Prihatin juga memenangi pelbagai anugerah termasuk Urus Niaga Terbaik Keseluruhan Tahun 2020, Urus Niaga Paling Inovatif Tahun 2020 dan Urus Niaga Terbaik Malaysia Tahun 2020 oleh Islamic Finance News. Selain itu, ia telah diiktiraf sebagai Sukuk Digital Terbaik oleh Alpha Southeast Asia di Anugerah Tawaran & Solusi Terbaik Tahunan 2020 ke-14. Maybank merupakan bank pengedar utama Sukuk Prihatin yang boleh diakses melalui platform perbankan digital 27 bank di Malaysia. Pelabur runcit telah melanggan dengan jumlah serendah RM500.00 untuk menyokong usaha pemulihan negara.

Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah melanggan sukuk tersebut, khususnya kepada 95 pemegang Sukuk Prihatin yang memilih untuk menyumbangkan amaun prinsipal kepada Kerajaan. Bagi memartabatkan semangat Keluarga Malaysia, Kerajaan akan menyalurkan keseluruhan sumbangan berjumlah

RM2 599 400.00 kepada Akaun Amanah Bencana, yang akan menyokong antara lain, pembaikan infrastruktur dan kemudahan awam yang rosak serta bantuan kewangan untuk mangsa bencana alam.

Penghargaan Kerajaan bukan sahaja ditujukan kepada semua pemegang sukuk, tetapi juga kesemua ahli-ahli Keluarga Malaysia yang telah sama-sama menyokong negara menangani isu kesihatan awam dan ekonomi semasa kemuncak pandemik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!