24 September 2022, 14:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menurun kepada USD106.3 bilion pada 15 September 2022 daripada USD108.2 bilion pada 30 Ogos 2022.
BNM  memaklumkan bahawa kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan  1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
BNM turut menyatakan bahawa komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (USD93.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (USD1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (USD5.7 bilion), emas (USD2.3 bilion) dan aset rizab lain (USD3.1 bilion). Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM467.81 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM218.76 juta) pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM41.33 bilion).

Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM157.28 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.44 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM167.85 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.69 bilion), deposit lain (RM12.14 bilion), kertas Bank Negara (RM8.4 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.1 bilion).
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.