23 September 2022, 20:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Kadar inflasi Malaysia pada bulan Ogos 2022 meningkat sebanyak 4.7% berbanding 4.4% pada Julai lalu. Inflasi makanan dan minuman bukan alkohol meningkat kepada 7.2% berbanding 6.9% pada bulan Julai lalu. Peningkatan inflasi makanan dan minuman bukan alkohol sekali gus telah menjadi penyumbang utama kepada peningkatan inflasi keseluruhan pada bulan Ogos.
Sementara itu, inflasi bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022 meningkat 3.1% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Situasi itu didorong oleh permintaan yang lebih kukuh, harga komoditi yang masih berada pada tahap yang tinggi dan gangguan dalam rantaian bekalan global.

Inflasi kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang meningkat 4.1% dan kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah sebanyak 4.3%. Selain  itu, inflasi kumpulan restoran dan hotel juga meningkat kepada 6.4% dan pengangkutan naik kepada 5.2%.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.