22 September 2022, 16:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 7 OktoberĀ  akan terus memberi tumpuan kepada mengukuhkan momentum pemulihan ekonomi negara dan menjana pertumbuhan yang lebih mampan dalam jangka masa panjang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa ekonomi Malaysia masih berada di landasan yang kukuh disokong oleh asas ekonomi yang berdaya tahan, dasar pragmatik dan kepelbagaian struktur ekonomi. Namun begitu, pengurusan ekonomi negara pada tahun 2022 dijangka akan menjadi lebih mencabar. “Unjuran pertumbuhan ekonomi dunia pada 2022 dan 2023 oleh pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah disemak semula dan diturunkan. “IMF telah menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi dunia bagi 2022 kepada 3.2% pada Julai berbanding 3.6% pada April dan 4.4% pada Januari.”
Beliau menambah bahawa unjuran pertumbuhan ekonomi dunia telah diturunkan daripada 3.8% pada Januari 2022 kepada 2.9 peratus pada Julai. Beliau juga turut menyatakan bahawa negara dijangka mampu mencapai sasaran antara 5.3% hingga 6.3% pada tahun ini. Selain itu, langkah yang diambil oleh kerajaan dalam melaksanakan pakej rangsangan dan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur telah mengurangkan impak besar daripada krisis pandemik COVID-19 dan juga menyokong pemulihan semula pertumbuhan ekonomi.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.