Oleh Ritah Yahaya
21 September 2022, 20:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerima kunjungan hormat delegasi usahawan Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) petang tadi.

Delegasi LICTA yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Lee Chee Weng, Pengarah Eksekutif Sahabat SMI Consulting Sdn Bhd yang menguruskan LICTA untuk usahawan disambut mesra oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan dan Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran.

Kunjungan hormat delegasi LICTA ke DBP adalah untuk membincangkan peluang kerjasama bagi pelaksanaan program dan projek penerbitan antara usahawan bukan Bumiputera bersama-sama DBP.

Dalam kunjungan hormat tersebut, delegasi LICTA diperkenalkan dengan satu daripada produk DBP, iaitu JendelaDBP. DBP membangunkan JendelaDBP yang merupakan pelantar penerbitan digital DBP untuk memartabatkan penerbitan berbahasa kebangsaan.

Jendela DBP menghimpunkan penerbitan artikel, cerpen dan puisi dalam majalah Dewan Ekonomi, Dewan SasteraDewan BahasaTunas CiptaDewan MasyarakatDewan Tamadun Islam, dan Dewan Kosmik. Secara keseluruhannya, pendigitalan cara kerja dan penerbitan digital di DBP merupakan teknologi baharu memartabatkan bahasa Melayu, selain mengekalkan penerbitan 11 buah majalah terbitan DBP secara bulanan.

Taklimat berkaitan dengan JendelaDBP, khususnya berkaitan dengan Dewan Ekonomi  disampaikan oleh Ketua Editor Bahagian Majalah, YBrs. Dr. Rosmani Omar.  Dalam kunjungan hormat tersebut, delegasi LICTA turut diundang untuk merebut peluang penulisan dengan DBP melalui majalah bercetak dan JendelaDBP.

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.