21 September 2022, 15:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Delegasi Lang International Corporate Titan Awards (LICTA) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Lee Chee Weng, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan LICTA telah mengadakan lawatan ke Parlimen pada pagi ini. Lawatan itu disambut oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon.

Lawatan itu bertujuan untuk bertukar-tukar idea dan pendapat tentang keadaan industri, ekonomi dan pembentangan belanjawan yang bakal diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi. Melalui delegasi tersebut, para usahawan yang hadir memberikan pendapat mereka tentang cabaran yang dihadapi oleh pemain industri susulan pasca COVID-19. Antara cabaran yang dihadapi oleh mereka ialah kekurangan tenaga kerja mahir dan cekap, penggunaan teknologi baharu yang masih belum matang dengan industri, kesukaran untuk mendapatkan bekalan barangan dari luar negara dan lain-lain lagi.

Dalam pertemuan itu, mereka juga telah memberikan beberapa idea yang bernas untuk mengatasi masalah itu dan berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan idea mereka. Antara idea yang diutarakan oleh mereka ialah mereka mahu memperluaskan penggunaan teknologi kecerdasan buatan, membuat program peningkatan kemahiran pekerja dan lain-lain lagi.

YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon menyambut baik cadangan tersebut dan bersedia untuk mempertimbangkannya serta membawa  cadangan tersebut kepada pihak yang berwajib. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara mesra pelabur dan mahu menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.