Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan melancarkan Sistem Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan atau Tourism Licensing and Enforcement System (TOURLIST) yang bakal menggantikan Sistem Pelesenan Industri Pelancongan (SPIP) bermula 1 November 2022.
Inisiatif projek pembangunan Sistem TOURLIST ini bertepatan dengan landskap industri pelancongan negara yang terus berkembang dan berubah seiring dengan perkembangan teknologi digital seperti data raya, business intelligent dan pelbagai inovasi pintar yang lain.
Dalam merealisasi agenda ini, MOTAC akan menutup Sistem SPIP sedia ada bermula 1 Oktober 2022 untuk memberi laluan kepada fasa deployment sistem TOURLIST yang dijangka Go-Live pada 1 November 2022. Selaras dengan penutupan ini, urusan pelesenan industri pelancongan akan beroperasi seperti berikut:
MOTAC sentiasa menyokong proses pendokumentasian dan pembudayaan kerja secara dalam talian yang dilihat sebagai sebahagian usaha transformasi cara kerja secara manual kepada bentuk digital. Pengadaptasian teknologi ini menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian, menjamin kelestarian ekosistem serta memperluaskan kebolehcapaian kepada produk serta perkhidmatan pelancongan dan kebudayaan.