19 September 2022, 16:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sepang – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia merancang untuk mengembangkan operasinya di Indonesia dan Filipina melebihi tahap prapandemik menjelang suku pertama tahun depan ekoran prospek pelancongan dan ketersambungan yang lebih baik.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan bahawa potensi pelancongan yang besar dan prestasi ekonomi yang semakin baik menjadi pemacu kepada pertumbuhan AirAsia di kedua-dua negara itu dalam tempoh lima tahun akan datang. Walaupun syarikat penerbangan itu mempunyai pandangan yang positif untuk Indonesia dan Filipina, namun ia tidak akan menjadi penghalang kepada pengembangan operasi armadanya di Malaysia dan Thailand.
AirAsia mempunyai 205 pesawat dan ingin meningkatkannya kepada 300 pesawat dalam tempoh lima tahun akan datang. AirAsia akan mula menerima penghantaran 362 pesawat Airbus 321neo yang telah ditempahnya bermula pada tahun 2024. Tan Sri Tony Fernandes  menyatakan bahawa Teleport iaitu cabang logistik AirAsia akan menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan 50 pesawat kargo dalam perkhidmatan operasi kargo.

Kumpulan itu meneruskan semula tempahan untuk empat pesawat pengangkut Airbus 321 dengan penghantaran pertama dijangka pada Disember 2022 yang sebelum ini ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.