15 September 2022, 09:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Alor Setar – Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50% dilihat berkemungkinan akan mempengaruhi orang ramai untuk membeli rumah, terutamanya kumpulan isi rumah M40 yang kebanyakannya mempunyai komitmen pinjaman bank terutamanya pembiayaan peribadi.
Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kedah/Perlis, Yeoh Su Guan menyatakan bahawa golongan M40 dan B40 yang sedang menunggu pengumuman Bajet 2023 sebelum membuat sebarang pembelian rumah. “Peningkatan OPR kepada 2.50% ini memang memberi kesan kepada pemaju hartanah kerana apabila kadar ansuran meningkat akan membuatkan pembeli teragak-agak untuk membeli rumah terutamanya golongan M40 yang mempunyai banyak komitmen lain. “Banyak rumah yang masih tidak terjual kerana pembeli masih menunggu Bajet 2023 dan mereka berharap kerajaan akan menyediakan sesuatu kepada pembeli mahupun pemaju dalam usaha mengurangkan kesan OPR itu berkaitan pemilikan rumah.”
 Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan OPR dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini sebanyak 2.50% dan merupakan kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini untuk kadar penanda aras pinjaman dan simpanan sejak Mei dan Julai lalu.
Selain itu, beliau menambah bahawa kekurangan tenaga kerja, kos bahan binaan yang tinggi dan pelaksanaan gaji minumum turut menyukarkan pemaju hartanah untuk memulihkan sektor berkenaan dalam tempoh pasca pandemik COVID-19 kini.
“Ramai pemaju hartanah yang terpaksa menangguhkan projek mereka berikutan beberapa isu yang timbul, antaranya kekurangan buruh pekerja asing, jadi kini pemaju sedang berusaha mencari jalan untuk menyiapkan projek yang tertangguh dengan segera.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.