Oleh Ritah Yahaya
15 September 2022, 10:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sambil menempuh fasa endemik dengan kebimbangan yang wujud akibat peningkatan kes COVID-19, usaha melindungi kualiti udara rumah dan pejabat anda kini menjadi satu kepentingan. Kita tidak harus leka dalam usaha menyediakan persekitaran hidup yang paling selamat untuk ahli keluarga kami.

Menurut Laporan Alam Sekitar [Reports on Environment] (ROE) Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika [American Environmental Protection Agency] (EPA), udara dalaman adalah antara dua hingga lima kali lebih tercemar daripada udara luar dan merupakan antara 5 risiko alam sekitar kepada kesihatan awam. Antara sebabnya termasuklah aliran udara dalaman tidak beredar sekerap udara luar, lantas bahan pencemar udara seperti habuk, bulu haiwan peliharaan, debunga, hama habuk dan virus, dan bakteria biologi lain terus berkembang biak di ruang dalam.

Antara pencemar udara lain, termasuklah asbestos – digunakan sebagai bahan penebat paip, jubin lantai dan bahan binaan bangunan, karbon monoksida – yang ditemui dalam lampu kerosin dan pemanas gas, racun perosak – yang sering digunakan di rumah untuk menyingkirkan serangga dan haiwan perosak lain, asap sampingan daripada rokok, dan sebatian organik meruap – seperti cat, pengawet kayu, semburan aerosol, penyegar udara dan juga disinfektan.

Untuk memastikan udara dalaman bebas daripada semua bentuk bahan pencemar berbahaya yang tidak boleh dikesan oleh mata kasar, penulen udara ialah penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini. Penulen udara sudah lama terbukti menyegarkan udara hapak dan meningkatkan kualiti udara dalaman dengan ketara. Alat ini juga didapati mengurangkan masalah kesihatan yang berpunca daripada bahan pencemar, seperti jangkitan pernafasan, asma dan juga kerengsaan mata, hidung dan tekak. Kualiti udara kurang baik boleh menyebabkan sakit kepala, kelesuan atau ruam kulit akibat alahan atau bahan pencemar tertentu.

Malah, penulen udara memang sudah biasa digunakan di dalam rumah kerana kepelbagaian manfaatnya. Sejak sebelum pandemik COVID-19, penulen udara telah membantu banyak rakyat Malaysia meningkatkan kualiti udara di dalam rumah masing-masing. Selain menambah baik kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan, penulen udara juga menyingkirkan acuan dari udara, memerangkap debunga daripada tumbuh-tumbuhan dalam atau luaran, meneutralkan bau kurang menyenangkan dan meningkatkan kualiti tidur keseluruhan. Alat ini juga didapati berupaya menapis bahan pencemar yang tidak boleh dibersihkan menerusi pencucian harian.

Dalam satu laporan teknologi yang mengkaji pertumbuhan Pasaran Penulen Udara di Malaysia, didapati bahawa pasaran penulen udara Malaysia bernilai lebih daripada USD68 juta pada tahun 2020 dan dijangka berkembang pada kadar 5.41% dalam tempoh dari tahun 2022 hingga 2026*. Kajian ini  membuktikan bahawa pemilikan penulen udara adalah satu keperluan dan pemilihan penulen yang paling sesuai bagi memenuhi keperluan harian anda juga tidak kurang pentingnya.

Salah satu daripada penulen udara utama di pasaran Malaysia yang terbukti mampu membasmikan dan menyingkirkan 99.999% daripada bahan pencemar ialah penulen udara daripada jenama Coway.  Antara produk yang mendapat sanjungan ramai ialah penulen udara Lombok III dan Storm yang sudah sekian lama diyakini dan digunakan untuk membersihkan udara di banyak rumah. Apa yang menjadikan penulen udara ini sungguh unik dan berkesan ialah penapis Double HEPA, penapis piawaian emas yang terbukti membasmi 99.999% daripada virus berbahaya, termasuklah varian Omicron COVID-19 yang sangat berjangkit dan juga Koronavirus Manusia.

Baru-baru ini, Coway juga melancarkan Noble – penulen udara berteknologi pintar serba baharu.  Dengan reka bentuk pemenang anugerah bertaraf dunia, Noble ialah penulen udara yang perlu dimiliki untuk menyegarkan ruang dalam rumah. Selain tampak mewah dan anggun, alat canggih ini boleh meningkatkan kualiti udara dan kesihatan keseluruhan dengan ketara.

Proses ini dilakukan dengan lima jenis penapis berbeza yang dilengkapi dengan pensterilan UVC tambahan dalam sistem penapisan enam langkah unik yang dibina di dalam penulen udara Noble. Reka bentuk unik ini membekalkan aliran udara tetap yang lebih tulen dan bersih.

Bagaimanakah proses ini berfungsi? Langkah pertama ialah prapenapis 4D yang dapat menyingkirkan zarah habuk besar, helaian rambut dan bulu haiwan peliharaan. Kedua ialah Penapis Asap yang menghalang gas-gas berbahaya seperti Nitrogen Dioksida (NO2) manakala langkah ketiga mengurangkan alergen daripada anjing dan kucing dan juga kutu habuk dengan Penapis Alergen. Langkah 4 merangkumi Penapis Penyahbauan yang menghilangkan bau busuk dan gas berbahaya. Seterusnya dalam langkah 5, Penapis Double HEPA 4D bersedia menyahaktifkan sehingga 99.999% virus termasuk varian Omicron COVID-19, Influenza A (H1N1) dan Koronavirus Manusia. Akhir sekali, Pensterilan UVC menyahaktifkan hingga 99.9% bakteria seperti E. Coli.

Penapis udara yang bergaya ini juga menggunakan penapis reka 4D pertama yang membekalkan tahap penulenan 360°, yang direka khas untuk memerangkap, membersihkan dan mengalirkan udara dari setiap arah. Penulen udara Noble juga menggabungkan teknologi pintar terkini dengan melaporkan kualiti udara secara langsung. Petunjuk LED menyala pada bahagian atas penulen memaklumkan pengguna dengan empat warna berbeza untuk menyatakan tahap pencemaran udara dalaman semasa. Petunjuk akan menyala dalam warna biru untuk baik, hijau untuk biasa, kuning untuk kurang baik dan merah untuk teruk.

Penulen udara ini juga dilengkapi dengan sensor habuk, cahaya dan gas dengan empat penetapan mod – smart (pintar), turbo, silent (senyap) dan eco (mesra alam). Seberat 15kg dan berukuran 320mmx 320 x 805mm (lebar x diameter x tinggi), penulen udara anggun ini boleh dimuatkan di mana-mana, walaupun dalam ruang yang kecil, tanpa sebarang masalah.

Hakikatnya, benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tidak bererti ia tidak wujud!

Untuk butiran lanjut, kunjungi www.coway.com.my bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang rangkaian penulen udara Coway.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.