13 September 2022, 08:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Laughing Tree Sdn Bhd telah  melancarkan Komuniti Pelabur yang bertujuan untuk memberikan platfom sokongan, jaringan perniagaan dan peluang meraih dana kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) tempatan. Inisiatif tersebut menggabungkan 15 agensi pelaburan awam dan swasta dengan fokus untuk memudahkan akses dana kepada perniagaan PKS yang berpotensi tinggi sesuai dengan tahap persediaan syarikat masing-masing.
Pengerusi Laughing Tree Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Daud Bakar menyatakan bahawa Komuniti Pelabur dibangunkan untuk memastikan impian golongan usahawan mengembangkan perniagaan mereka tercapai dan secara tidak langsung meningkatkan tahap kemakmuran rakyat dan negara secara keseluruhan. “Sebanyak 15 agensi pelaburan dari sektor kerajaan, pelabur modal teroka, platform pengumpulan ekuiti awam (ECF), pembiayaan rakan setara (P2P) termasuk platform tukaran digital yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan pihak berwajib sudah menyatakan komitmen menyertai Komuniti Pelabur ini. “Kami mempunyai satu naratif, resipi dan gelombang pemikiran yang sama dengan golongan usahawan. Jadi kami berupaya meletakkan diri kami dalam situasi para usahawan.”
Pengarah Eksekutif Laughing Tree Sdn Bhd, Shamsul Qamar Abd Rani menyatakan bahawa pihaknya menawarkan jumlah dana sehingga RM200 juta menerusi kerjasama dengan beberapa rakan strategik. Tawaran berkenaan dibuka kepada peserta Project Tree Masterclass. “Setakat ini kami mendapat maklum balas yang cukup baik daripada rakan-rakan strategik dan PKS Bumiputera.”Kami berharap program ini akan mengubah ekosistem dana dalam kalangan PKS menjadi lebih kondusif.”
Project Tree Masterclass yang berlangsung pada 12 dan 13 September merupakan satu program yang memberi fokus kepada usaha meningkatkan daya saing usahawan PKS, terutamanya dalam kalangan bumiputera menerusi kaedah baharu perolehan dana dan modal. Antara speker yang terlibat dalam Project Tree Masterclass ialah Pengarah Urusan DNeX Berhad, Tan Sri Syed Zainal; Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Md Silmi Abd Rahman; dan Pengarah Urusan, SSAA Media Network Suhaimi Sulaiman.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!