13 September 2022, 09:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Bayan Baru – Inisiatif Malaysia Digital (MD) berjaya meraih nilai pelaburan langsung asing (FDI) Digital sebanyak RM42 bilion dalam tempoh dua bulan sejak  dilancarkan pada Julai lalu.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa nilai tersebut dijana melalui pelaburan 28 syarikat asing terdiri daripada syarikat dalam sektor pusat data, penyedia perkhidmatan IT, teknologi kandungan kreatif dan perkhidmatan perniagaan global (GBS). “Kejayaan ini amat penting dalam proses pemulihan ekonomi negara, kerana ia akan mewujudkan peluang pekerjaan berpengetahuan tinggi, membantu merancakkan inovasi seterusnya melonjakkan lagi ekonomi digital. “Sementara itu, perkembangan pelaburan digital langsung domestik pula telah merekodkan sebanyak RM4.76 bilion. “Menerusi usaha ini, sebanyak 6000 peluang pekerjaan bernilai tinggi sudah diwujudkan dan peluang ini akan terus meningkat pada masa akan datang.”
Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob  mengulas lanjut tentang semua pencapaian positif itu telah meletakkan Malaysia di kedudukan terbaik bagi mencapai sasaran pelaburan digital sebanyak RM70 bilion menjelang tahun 2025 selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. Ekosistem digital yang holistik dan bakat digital yang berpengetahuan tinggi, Malaysia mampu menjadi destinasi pelaburan digital utama di peringkat ASEAN dengan memiliki infrastruktur bertaraf dunia.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.