24 Ogos 2022, 09:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Chuping – Raja Muda Perlis, Duli Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  berkenan berangkat menyempurnakan perasmian “Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas di dalam Akhbar Tempatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-79 DYMM Tuanku Raja Perlis” yang diadakan di Shah Stable, Felda Chuping.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  berkenan berangkat menyempurnakan perasmian “Majlis Apresiasi Penaja Sisipan Khas di dalam Akhbar Tempatan Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-79 DYMM Tuanku Raja Perlis”.

Dalam majlis tersebut baginda bertitah bahawa usaha yang diperlukan di negeri Perlis pada ketika ini ialah idea daripada pihak pelabur yang boleh menghasilkan produk hiliran bagi sumber sedia ada supaya dapat menjadi satu nilai tambah kepada hasil bumi serta pendapatan rakyat. Usaha untuk membangunkan bidang industri perhotelan bertaraf lima bintang dan operator pusat-pusat pelancongan bagi menampung jumlah permintaan yang tinggi dalam sektor pelancongan Perlis buat masa ini juga diperlukan. Selain itu, sokongan daripada pihak pelabur yang berhasrat untuk melabur bagi perniagaan pemula (start-up) yang diusahakan oleh anak-anak muda tempatan amat diharapkan.

Tetamu undangan yang hadir dalam majlis tersebut.

Keberangkatan tiba baginda ke majlis anjuran secara bersama oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)  disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Haji Mohd Noor.

Baginda juga turut bertitah bahawa:

Dengan doa dan sokongan sekalian para penaja dan rakyat jelata, semoga Allah lanjutkan usia DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis agar dapat terus melaksanakan pemerintahan yang adil lagi bijaksana demi kesejahteraan rakyat dan negeri yang dicintai ini. Tambah baginda, negeri ini semakin membangun dengan pesat. Tanpa sokongan semua pihak, usaha untuk membangunkan Perlis tidak dapat dicapai dengan mudah. Sehubungan itu, diharapkan semua pihak turut merangka program dan pembangunan yang dapat dibawa ke negeri ini agar kemajuan yang di nikmati di luar negeri turut dapat di rasai oleh rakyat negeri ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.