22 Ogos 2022, 09:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) Malaysia, Rizal Nainy menyatakan bahawa peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus mempunyai pelan kontingensi untuk menghadapi apa jua cabaran perniagaan terutamanya bencana alam.
Beliau menyatakan bahawa pandemik COVID-19 dan musibah banjir yang melanda negara  pada tahun lepas seharusnya memberi iktibar mengenai kepentingan peniaga PKS yang disifatkannya sebagai “tunjang ekonomi negara” agar bersedia dan mengambil langkah untuk melindungi perniagaan mereka. Beliau turut menambah peniaga boleh mengakses pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu mereka memulihkan perniagaan sekiranya terjejas akibat bencana alam.
Menurutnya, bantuan khidmat nasihat dan kewangan yang disediakan pihaknya seperti yang disampaikan melalui SMEEF 2.0  antara contoh bantuan yang boleh dimanfaatkan peniaga PKS. Sementara itu, pihaknya sudah menerima sebanyak 1212 permohonan pinjaman berjumlah RM113 juta melalui SMEEF 2.0 iaitu sebuah program pinjaman tanpa faedah untuk peniaga PKS yang terkesan bencana alam.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.