Diterbitkan pada 7 Ogos 2022, 20:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Serdang – Perdana Menteri,  Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk individu termasuk siswazah yang berminat memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah menerusi Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz.
Beliau menambah program pembiayaan melalui Agrobank itu turut meliputi pemohonan untuk membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing. Program itu juga menawarkan pembiayaan sebanyak RM5000 bagi peringkat pertama dan RM10 000 bagi peringkat kedua. “Pemohon diberikan moratorium bagi tempoh enam bulan pertama dan dikenakan tiga peratus kadar keuntungan bagi bulan ketujuh dengan tempoh maksimum pembiayaan sehingga 60 bulan atau lima tahun.”
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi