5 Ogos 2022, 08:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) naik kepada USD109.2 bilion setakat 29 Julai 2022 daripada USD107 bilion dicatatkan pada 15 Julai 2022. “Kedudukan rizab itu  memadai bagi membiayai 5.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.”
BNM menyatakan bahawa komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (USD97.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
(USD1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (USD5.7 bilion), emas (USD2.3 bilion) dan aset rizab lain (USD2.7 bilion).
Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM480.77 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.61 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM29 bilion).
Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM168.57 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.55 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM161.52 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.88 bilion), deposit lain (RM11.98 bilion), kertas Bank Negara (RM6.92 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.48 bilion).
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.