Oleh Ritah Yahaya
30 Julai 2022, 17:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa soalan-soalan Lazim Tax Corporate Governance Framework (TCGF) dan Tax Corporate Governance Guidelines (TCGG)  dimuat naik di portal rasmi HASiL bagi rujukan pembayar cukai dan pihak yang berkepentingan.

HASiL juga memuat naik TCG Guidelines yang telah dikemas kini hingga 27 Julai 2022 bertujuan memperincikan isi kandungannya selari dengan ekspektasi HASiL dan amalan terbaik dalam pelaksanaan Program TCGF. Semua dokumen ini boleh diakses serta dimuat turun dengan mengikut langkah mudah seperti yang berikut:

  1. Layari Portal Rasmi HASiL di www.hasil.gov.my;
  2. Klik menu Perundangan > Rangka Kerja> Tax Corporate Governance Framework> Guidelines Tax Corporate Governance Framework>Frequently Asked Questions Tax Corporate Governance Framework and Guidelines
  3. Atau capaian pantas di pautan  – Soalan-soalan Lazim Tax Corporate Governance Framework (TCGF)
    https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_Tax_Corporate_Governance_Framework.pdf
    Tax Corporate Governance Guidelines (TCGG) (dikemaskini)
    https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Guidelines_Tax_Corporate_Governance_Framework_2.pdf

 

TCGF ini juga diperkenalkan sebagai asas kepada HASiL dan pembayar cukai untuk membangunkan dan mengekalkan hubungan kerja yang lebih terbuka dalam memastikan proses pematuhan percukaian adalah adil dan efektif. Maklum balas serta pertanyaan lanjut berkaitan dengan TCG, boleh dimajukan kepada HASiL melalui e-mel khas: [email protected]

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan dengannya boleh dimajukan kepada HASiL melalui:

  1. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!