28 Julai 2022, 20:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Ekonomi kreatif berkembang amat pesat era kini dan bidang penulisan kreatif yang menjadi fokus perbincangan yang bertajuk “Penulisan Kreatif Jana Kognitif Pembaca” melalui slot Cakna Bahasa di BERNAMA Radio yang diterajui DJ Hanee.

Program yang berlansung pada petang ini menampilkan Puan Rabi’ahtuladawyah Md Saleh, Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur.

Beliau yang merupakan karyawan dalam bidang penulisan kreatif lebih daripada dua dekad sebelum menyertai DBP berkongsi pengalaman beliau tentang cara bidang ekonomi kreatif menyumbangkan kepada pendapatan negara, iaitu kira-kira RM33 bilion pada tahun 2020.

Menurut beliau, pada tahun 2019, Perbadanan Harta Intelek (MyIPO)menerima sejumlah hampir 24 000 permohonan hak cipta dan karya sastera yang mencatatkan jumlah tertinggi diikuti dengan karya seni dan filem.

Menurut beliau lagi tanpa disedari oleh umum, daripada penulisan atau hasil karya dalam industri kreatif boleh memberikan kesan yang besar kepada norma budaya tempatan. Hal ini berlaku jika karya dalam apa-apa jua bentuk yang dihidangkan atau dikeluarkan untuk pasaran tempatan tidak mengambil kira sentiviti masyarakat, agama dan budaya. Oleh hal yang demikian beliau menyarankan agar para karyawan serta para penulis bertanggungjawab dengan setiap karya yang dihasilkan.

Dalam slot tersebut Puan Rabi’ahtuladawyah turut mempromosikan majalah terbitan DBP, iaitu Dewan Ekonomi, Ogos 2022 dan buku-buku berkaitan dengan penulisan kreatif yang diterbitkan oleh DBP.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!