Oleh Ritah Yahaya
28 Julai 2022, 12:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dengan produk Guaranteed Investment Notes (GIN) Funding Societies, para pelabur berpeluang memanfaatkan portfolio pelaburan tambahan yang mengekalkan modal mereka, dan pada masa yang sama, memberikan pulangan. Dengan pelaburan minima sebanyak RM100.00 bagi setiap nota pelaburan, pelabur GIN berpeluang meraih pulangan bersih hingga 6% setahun sebelum yuran.

Sejak mula diperkenalkan pada bulan Mac 2021, Funding Societies berjaya meraih lebih daripada RM75 juta dalam bentuk agihan pembiayaan yang merangkumi lebih daripada 1000 nota GIN yang telah memanfaatkan hampir 1200 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Funding Societies merupakan sebuah pengendali pasaran diiktiraf (RMO) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan beroperasi di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Singapura, Indonesia, negara Thai, dan Vietnam. Sejak penubuhannya, platform digital tersebut berjaya mengagihkan lebih RM10 bilion merangkumi lebih daripada 5 juta perjanjian pembiayaan di seluruh rantau.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan datang, Funding Societies akan mengadakan promosi untuk GIN.

Layari https://fundingsocieties.com.my/promotions untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini. Layari https://fundingsocieties.com.my/guaranteed-investment untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang GIN.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.