Oleh Ritah Yahaya
26 Julai 2022, 15:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (PPFAM) 2022 akan diadakan dari 8 hingga 10 September 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. Pengisian program selain pameran dan persidangan, termasuklah pemadanan perniagaan dan bengkel perniagaan francais.

Pameran ke-29 pada tahun ini merupakan satu-satunya pameran francais terbesar di Asia Tenggara dengan rekod penganjuran selama 28 tahun. Pameran ini mendapat sokongan sepenuhnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE) dan badan francais antarabangsa, iaitu World Franchise Council (WFC) dan ASMJ Pacific Franchise Confederation (APFC).

PPFAM menjadi platform penting kepada para pempamer dan peserta untuk meneroka peluang perniagaan, meluaskan rangkaian perniagaan dan mendapatkan rakan niaga yang berpotensi; meningkatkan pengetahuan berkaitan dengan francais dalam Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia; menyertai bengkel perniagaan francais secara percuma, dan bersemuka serta berbincang mengenai tawaran pakej perniagaan francais pilihan di Permodalan Perniagaan.

Individu yang berminat untuk menyertai PPFAM 2022 boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi nombor telefon: 03-62414141 atau e-mel: [email protected]

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!