Oleh Ritah Yahaya
26 Julai 2022, 12:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Program Jualan Malaysia (PJM) merupakan inisiatif pemulihan ekonomi kerajaan khusus bagi sektor peruncitan kesan daripada pandemik COVID-19. Melalui inisiatif PJM yang mula dilaksanakan pada tahun 2020, sektor peruncitan di Malaysia mula menunjukkan pemulihan dan pertumbuhan yang memberangsangkan secara berperingkat.

Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang melaksanakan sebanyak lapan Program Utama PJM bermula dari bulan Januari hingga Disember 2022, dengan menawarkan jualan murah yang merangkumi Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega dan Jualan Akhir Tahun dan Segmen Jualan Khusus di seluruh negara dan menyasarkan capaian nilai jualan sektor peruncitan sebanyak RM 500 bilion bagi tahun 2022.

PJM  mendapat sokongan yang amat baik daripada peniaga dan pemain industri peruncitan yang merekodkan sebanyak 7035 Notis Jualan Murah (NJM) yang dikeluarkan kepada 210 491 buah premis perniagaan  sepanjang separuh tahun pertama 2022 di seluruh negara. Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding dengan 180 756 buah premis yang mengadakan jualan murah pada tahun 2019.

Bagi merancakkan lagi jualan murah, KPDNHEP akan melaksanakan Cabutan Bertuah “Belanja dan Menang” PJM 2022 bagi mengekalkan momentum pertumbuhan sektor peruncitan yang merupakan satu daripada penyumbang utama ekonomi negara dan disasarkan merancakkan lagi aktiviti jualan sektor peruncitan secara fizikal di Malaysia dalam tempoh persekitaran ekonomi dan tekanan inflasi yang mencabar.

Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyempurnakan Majlis Prapelancaran Cabutan Bertuah “Belanja dan Menang” PJM 2022 di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya.

Cabutan bertuah ini akan diadakan dari bulan Ogos 2022 hingga Disember 2022 dengan enam siri cabutan bersegmen dan satu cabutan utama. Semua warganegara Malaysia (pengguna) yang berumur 18 tahun dan ke atas layak untuk menyertai Cabutan Bertuah “Belanja dan Menang”  PJM 2022.

Penyertaan ini berdasarkan pembelian minimum sebanyak RM100.00 dalam satu resit dan mengemukakan penyertaan melalui pautan pada aplikasi mudah alih MySales Tracker yang dibangunkan oleh KPDNHEP dengan perincian yang akan dimaklumkan semasa pelancaran rasminya kelak.

Pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah menarik, antaranya termasuklah:

  1. Sebuah  kenderaan pelbagai guna (SUV) PROTON X50 1.5L TGDi Flagship.
  2. Sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV) PERODUA ATIVA.
  3. Motorsikal Yamaha Y15.
  4. Perabot.
  5. Barangan elektrik.
  6. Peralatan telekomunikasi.
  7. E-Voucher membeli belah.

Tiada had penyertaam PJM 2022 dan semua penyertaan yang diterima dengan lengkap pada semua enam cabutan bertuah bersegmen ini layak secara automatik menyertai cabutan utama yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember 2022.

Orang ramai dipelawa untuk dipelawa untuk menyertai cabutan bertuah bersegmen ini melalui perincian yang akan dimaklumkan melalui semua media sosial KPDNHEP/cetak/ elektronik.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian utama 03- 8882 5881/5905 atau melalui e-mel kepada [email protected]

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.