Oleh Ritah Yahaya
22 Julai 2022, 16:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Coway Co., Ltd., Syarikat Best Life Solution menerima taraf AA dalam penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus atau environmental, social and governance (ESG) MSCI 2022 bagi tahun kedua berturut-turut selepas penilaian terhadap inisiatif ESG syarikat.

MSCI memberikan penarafan ESG menurut skala daripada AAA (pemimpin) kepada CCC (terendah) berasaskan analisisnya terhadap inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus syarikat. Penarafan ESG oleh MSCI merupakan indeks global bagi pelaburan ESG di samping FTSE4Good dan DJSI.

Coway menerima penarafan ESG MSCI kedua tertinggi, iaitu AA yang mengesahkan kedudukan utama syarikat dalam usaha menangani isu-isu ESG bagi industri barangan isi rumah. Penilaian cemerlang ini dicapai, terutamanya dengan tadbir urus korporat dan pengurusan sisa elektronik yang kukuh.

Coway melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membuktikan komitmennya kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Pada tahun 2006, syarikat tersebut mengumumkan sasaran untuk mencapai pengeluaran karbon bersih sifar menjelang tahun 2050 dan mengurangkan emisi gas rumah hijau sebanyak 50% menjelang tahun 2030. Pada tahun lepas, Coway menubuhkan Jawatankuasa ESG di bawah Lembaga Pengarah untuk melaksanakan pengurusan ESG secara strategik.

Coway melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan kesan alam sekitar sepanjang kitaran hayat produk daripada reka bentuk kepada pembangunan, jualan, penyesuaian semula kegunaan dan kitar semula. Inisiatif tersebut termasuk pembangunan produk mesra alam, penggunaan tenaga boleh diperbaharui, program pengambilan semula sisa, dan kitar semula sumber.

Pada tahun 2021, Coway berjaya mengurangkan sebanyak 104.4 tan emisi GHG dengan menjanakan tenaga solar boleh diperbaharui. Coway juga mengitar semula sebanyak 99% sisa yang dihasilkan daripada produk, perkhidmatannya dan perniagaannya menerusi sistem kitar semula dan baik pulih. Di samping itu, langkah menggunakan bahan kitar semula dalam pembangunan produk membawa kesan ketara kepada usaha mengurangkan penggunaan sumber.

Wakil Coway berkata, “Kami melaksanakan pengurusan ESG secara menyeluruh di peringkat syarikat untuk mencapai sasaran kewangan dan juga memenuhi tanggungjawab alam sekitar dan sosial kami. Kami akan terus menambah baik sistem pengurusan ESG kami demi masa depan yang lebih lestari.”

Di samping Penarafan MSCI, Coway juga tersenarai dalam Indeks DJSI World bagi tahun keenam berturut-turut dan dalam Indeks FTSE4Good 2021. Coway menerima Penarafan A ESG daripada Perkhidmatan Tadbir Urus Korporat Korea (KCGS) bagi tahun ketiga berturut-turut pada tahun 2021.

Untuk butiran lanjut, sila layari www.sustainability.coway.co.kr.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.