21 Julai 2022, 14:40

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Bursa Malaysia meneruskan keuntungan yang diraih semalam menyaksikan dagangan dibuka dalam zon positif yang disokong oleh minat belian yang berterusan seiring dengan sentimen menggalakkan dalam pasaran serantau.
Pada pukul 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.02 mata kepada 1442.0 daripada 1436.98 penutup hari Rabu. Indeks utama itu memulakan urus niaga pada 1441.60, iaitu 4.18 mata lebih tinggi. Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 181 berbalas 82, manakala 208 kaunter tidak berubah, 1817 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 247.02 juta unit bernilai RM54.08 juta. Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya hari ini, pelabur dijangka menyaksikan pergerakan perdagangan yang positif di bursa tempatan berikutan lanjutan pemulihan Wall Street yang disokong oleh aktiviti memburu saham berharga murah yang ketara sejak beberapa minggu lepas. Firma itu turut menyatakan aktiviti dagangan dalam sektor teknologi dijangka terus meningkat apabila Nasdaq mempamerkan satu lagi sesi positif susulan pengeluaran laporan pendapatan oleh beberapa syarikat korporat.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM8.67, Public Bank menambah satu sen menjadi RM4.44, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM8.57, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM6.46 dan CIMB Group lebih tinggi sebanyak empat sen pada RM5.13. Bagi saham aktif, Bintai Kinden Corporation, Vinvest Capital Holdings dan ARB masing-masing meningkat setengah sen kepada 12.5 sen, 17.5 sen dan 11.5 sen, manakala MMAG Holdings dan MQ Technology tidak berubah, masing-masing pada lima sen dan 3.5 sen.
Indeks FBM emas meningkat 34.14 mata kepada 10 234.11, Indeks FBM emas syariah meraih 26.32 mata menjadi 10 325.73 manakala FBM 70 naik 39.71 mata kepada
12 270.74 di papan indeks. Indeks FBMT 100 turut peroleh 34.21 mata kepada 9993.35 dan FBM ACE mengukuh 13.91 mata menjadi 4702.33. Mengikut sektor, indeks perladangan menokok 16.04 mata kepada 6805.30, indeks perkhidmatan kewangan menambah 82.78 mata kepada 16 149.64, indeks tenaga meningkat 3.12 mata menjadi 634.91 dan indeks produk dan perkhidmatan perindustrian menambah 0.04 mata kepada 173.91.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.