Diterbitkan pada 21 Julai 2022, 08:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyasarkan anggaran antara RM5 bilion dan RM6 bilion nilai penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022.

Beliau menyatakan bahawa penjimatan tersebut melibatkan beberapa perkara antaranya pengurangan pembelian barangan import dan perbelanjaan ke luar negara. “Nilai lima peratus itu tidak besar mana, malah kalau dilihat dalam Bajet 2022, perbelanjaan kita ialah RM332 bilion, perbelanjaan pembangunan pada tahun ini sebanyak RM75 bilion, subsidi mencecah RM77.7 bilion dan kita menjangka mungkin mencecah RM80 bilion.”

Beliau turut menegaskan bahawa tiada projek yang akan dibatalkan tetapi mungkin ada projek yang boleh ditangguhkan untuk sementara waktu. Beliau memaklumkan bahawa tiada bentuk cukai baharu yang akan dibuat pada masa ini. “Ekonomi kita masih lagi dalam keadaan mod pemulihan, justeru, tiada cukai baharu akan diperkenalkan. Bagaimanapun, dalam pengumuman Bajet 2022, dari segi hasil, kita ada memperkenalkan  Cukai Makmur. “Kerajaan akan terus fokus membantu kehidupan rakyat dan kelangsungan perniagaan kita.”
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi