21 Julai 2022, 08:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.75 kepada RM4.65 seliter mulai tengah malam ini bagi tempoh 21 Julai sehingga 27 Julai 2022. Kementerian Kewangan memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga rucit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada harga siling bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global. Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.