Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangWalaupun berlaku sekatan sebelum ini dan kenaikan harga barang serta kekurangan tenaga pekerja, industri peruncitan Malaysia bergerak ke arah pemulihan dengan baik selepas merekodkan pertumbuhan sebanyak 321% tahun ke tahun dalam aktiviti pekerjaan pada Jun 2022. Selain itu, jualan runcit di negara ini diunjurkan berkembang pada kadar sebanyak 25.7% pada suku semasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Monster.com – APAC & Gulf, Sekhar Garisa menyatakan bahawa kebanyakan syarikat sedang meningkatkan permintaan terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang digital bagi memenuhi keperluan pada peringkat global. “Pasaran pekerjaan di Malaysia telah mula mencatatkan pengembangan terutama sektor yang terjejas teruk sebelum ini seperti pelancongan, hospitaliti dan peruncitan. “Dengan cara kerja yang lebih fleksibel dalam pasaran pekerjaan, kami optimis untuk melihat ia terus berkembang pada masa akan datang.”