20 Julai 2022, 08:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – MIDF Research kekal positif terhadap prospek sektor pembinaan terutama selepas kerajaan memberikan kelonggaran kepada pemain industri untuk mendapatkan pekerja asing dari negara sumber lain.
Firma itu menyatakan bahawa keputusan kerajaan untuk membenarkan syarikat pembinaan mengambil pekerja daripada negara lain seperti Thailand, Kemboja, Nepal Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Turkmenistan, Uzbekistan, dan Kazakhstan juga memberikan kelegaan kepada pemain industri. Langkah itu merupakan tindakan tepat apabila Indonesia membekukan pengambilan pekerja yang berpunca daripada salah faham terhadap sistem dalam talian yang digunakan untuk mengambil pembantu rumah dari Indonesia.

Pekerja pembinaan dari Indonesia lebih diberi keutamaan kerana mereka merupakan pekerja yang lebih berkemahiran berbanding pekerja dari negara lain. “Memandangkan Indonesia membekukan pengambilan pekerja secara sementara, kami percaya bahawa keutamaan akan diberikan kepada pekerja dari Bangladesh selain negara lain yang berada dalam senarai syarikat pembinaan. “Kami optimis bahawa isu pembekuan pengambilan pekerja dari Indonesia boleh diselesaikan secara baik antara kedua-dua kerajaan,” ujar wakil MIDF Research.

Firma itu menambah industri pembinaan ketika ini memerlukan sekitar 600 000 orang pekerja asing dalam usaha meningkatkan operasi mereka selaras dengan pembukaan ekonomi. Kebanyakan syarikat juga bersiap sedia untuk pelancaran kontrak infrastruktur akan datang bermula dengan MRT3 pada suku keempat tahun ini.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.