20 Julai 2022, 08:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato’ Sri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi tahun 2022 akan dikaji semula pelaksanaannya selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF).
Beliau menjelaskan bahawa garis panduan penjimatan perbelanjaan awam itu berkaitan dengan pelaksanaan langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan untuk membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi. Beliau juvga mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek pembangunan di bawah RMKe-12 sebulan sekali untuk memastikan projek-projek yang telah diluluskan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan peruntukan yang disediakan dibelanjakan sepenuhnya.
Selain itu, mesyuarat hari ini antara lain telah memutuskan agar projek yang dicadangkan dikaji semula pelaksanaannya melibatkan projek baharu dan sedia ada yang belum dimulakan proses perolehan atau diiklankan; projek-projek bukan keutamaan yang telah dikenal pasti kecuali projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat dan projek baharu dan sedia ada yang menghadapi masalah pelaksanaan seperti isu tapak.
Sementara itu, projek yang telah dikeluarkan iklan tender, surat niat dan surat setuju terima akan diteruskan bagi menyokong usaha kerajaan untuk merancakkan pemulihan ekonomi pasca COVID-19. Sehubungan dengan itu, sesi libat urus antara MOF, EPU dan ICU dengan semua kementerian akan diadakan minggu hadapan untuk memberi penjelasan mengenai cadangan semakan semula keutamaan pelaksanaan projek pembangunan pada tahun ini.
Sementara itu, beliau menyatakan bahawa garis panduan yang dikeluarkan MOF pada 14 Julai 2022 antara lain menyatakan bahawa perbelanjaan mengurus (OE) mencapai sekurang-kurangnya sebanyak 5.0% penjimatan daripada baki peruntukan tahun 2022. Selain itu bagi DE, projek yang belum dimulakan proses perolehan atau diiklankan dikaji semula keutamaannya, manakala projek bukan keutamaan yang telah dikenal pasti handaklah ditangguhkan kecuali projek yang mempunyai impak segera kepada kesejahteraan rakyat.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.