Oleh Ritah Yahaya
19 Julai 2022, 10:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan kekal komited bagi mendepani isu dan cabaran pengambilan pekerja asing dengan mengambil beberapa pendekatan berikut:

Pertama, Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama pihak industri, persatuan perniagaan dan pihak berkenaan mengadakan pertemuan secara bersemuka bagi menyelesaikan isu-isu pengambilan pekerja asing sehingga penghujung bulan Julai ini.

Kedua, para majikan digesa untuk mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari negara sumber yang telah diluluskan dan tidak bergantung kepada negara sumber tradisi sahaja.

Ketiga, KSM digesa mempercepatkan pelaksanaan proses temuduga majikan dengan menambah bilangan penemu duga di One Stop Centre (OSC) mengikut zon dan negeri-negeri.

Program MyMudah yang dilaksanakan pada peringkat kementerian oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah untuk mengurangkan kerenah birokrasi. Namun, masih banyak rungutan diterima daripada pihak industri. Oleh itu, MPC diminta menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan kerenah birokrasi melalui pengukuhan program MyMudah.

Sebanyak 30% isu yang diterima melalui MyMudah diselesaikan dalam masa kurang daripada 60 hari seperti yang disasarkan. Sehubungan dengan  itu, kerajaan turut menggesa MPC berusaha untuk menyelesaikan kes-kes kompleks dalam tempoh 60 hari.

MPC menyegerakan penubuhan Unit MyMudah bagi kementerian yang belum melaksanakannya. Tumpuan juga perlu diberikan kepada penubuhan MyMudah pada peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan isu-isu birokrasi pada peringkat tersebut dapat ditambah baik.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diminta melaksanakan program-program berkaitan dengan sekuriti makanan negara yang telah dipersetujui kerajaan dengan segera.

Kerajaan sentiasa berusaha memastikan permasalahan yang dihadapi oleh pemain industri diselesaikan dengan segera melalui usaha sama oleh semua pihak bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia secara inklusif dan menyeluruh

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.