16 Julai 2022, 09:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Hanoi –  Agensi E-dagang dan Ekonomi Digital Vietnam memaklumkan bahawa Hari Jualan Dalam Talian ASEAN 2022 dijadualkan diadakan dari 8 hingga 10 Ogos sempena ulang tahun penubuhan ASEAN ke-55.
Program tahun ini akan dipengerusikan secara bersama Pengerusi ASEAN 2022 Kemboja bersama Singapura dan Vietnam. Hari jualan itu merupakan acara beli-belah dalam talian pertama yang akan dijalankan secara kolektif dan dianjurkan setiap tahun sejak tahun 2020. Program itu menawarkan peluang yang baik kepada perusahaan di seluruh ASEAN untuk mempromosi produk mereka dan meningkatkan jualan melalui e- dagang di rantau ini.

Acara ini mempunyai dua peringkat iaitu untuk transaksi domestik dan rentas sempadan.

Selain itu, perniagaan dan platform e-dagang di 10 negara ASEAN akan melancarkan satu siri program beli-belah dengan diskaun khas kepada pengguna di negara itu. Syarikat dan platform akan menyelaraskan pelaksanaan program beli-belah dalam talian rentas sempadan dalam kalangan negara ASEAN.
Hari Jualan Dalam Talian ASEAN 2022 akan menjadi langkah penting untuk ASEAN menunjukkan perpaduan dan mempromosi potensinya untuk e-dagang dan transaksi dalam talian, mengakses dasar yang menggalakkan, meningkatkan nilai produk dan perkhidmatan syarikat dalam konteks pemulihan ekonomi pasca pandemik dan penyertaan dalam perjanjian perdagangan bebas generasi baharu.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.