15 Julai 2022, 16:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan peningkatan hasil eksport terkumpul sebanyak RM5 bilion menjelang tahun 2025 yang disumbangkan oleh 380 Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC) menerusi Program Pembangunan syarikat berkenaan (MTCDP).
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz menyatakan bahawa MTCDP yang dilancarkan pada tahun 2014 yang merupakan program tunggal pembangunan pengeksport berimpak tinggi dalam pelan pembangunan lima tahun Malaysia yang bertujuan mempercepat pertumbuhan eksport, meningkatkan daya saing di peringkat global selain mempromosikan jenama tempatan Malaysia di pasaran dunia. MTCDP menyasarkan MTC yang berorientasikan eksport dengan hasil tahunan RM50 juta hingga RM500 juta bagi syarikat-syarikat pengeluaran manakala RM20 juta hingga RM500 juta bagi syarikat perkhidmatan.

Sejak program itu dilancarkan, program tersebut berjaya membabitkan dan membimbing 275 MTC daripada pelbagai sektor dan industri. Program berkenaan akan disertai oleh 25 MTC yang kukuh termasuk 14 syarikat daripada sektor pembuatan dan 11 syarikat sektor perkhidmatan pada tahun ini. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz menyatakan bahawa biarpun hanya melibatkan 2% daripada perniagaan yang berdaftar, MTC penting bagi pengukuhan ekonomi Malaysia dengan menyumbang sebanyak 40% daripada keluaran dalam negara kasar dan menyokong 16% daripada tenaga kerja selain membantu kemajuan masyarakat di serata negara ini.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.