15 Julai 2022, 15:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sepang – Batik Air yang dahulunya dikenali sebagai Malindo Air mengumumkan semua tempahan kini dibuka untuk perkhidmatan harian dari Kuala Lumpur ke tiga lagi destinasi baharu, iaitu Phuket, Surabaya dan Ho Chi Minh dengan harga serendah RM249.00 sehala.
Perkhidmatan penerbangan tujuh kali seminggu itu membuktikan bahawa mereka komited meneruskan pengembangan rangkaian antarabangsanya selepas dijenamakan semula sebagai Batik Air.
Batik Air akan melancarkan laluan ke Phuket secara rasmi bermula 1 Ogos, Surabaya pada 10 Ogos dan Ho Chin Minh bermula 15 September 2022.
Harga yang ditawarkan untuk penerbangan sehala ke Phuket bermula RM299.00 untuk kelas ekonomi dan RM1509.00 untuk kelas perniagaan, Kuala Lumpur ke Surabaya bermula RM389.00 untuk kelas ekonomi dan RM1999.00 untuk kelas perniagaan.
Penerbangan Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh hanya RM249.00 sehala untuk kelas ekonomi dan tiada penerbangan kelas perniagaan ditawarkan. Harga berkenaan merangkumi bagasi seberat 20 kilogram untuk kelas ekonomi, manakala 40kg untuk kelas perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri menyatakan bahawa pihaknya berbesar hati untuk memperkenalkan Phuket, Surabaya dan Ho Chi Minh yang popular dengan pengembara perniagaan dan percutian. Kekerapan penerbangan harian membuktikan hubungan ekonomi, perniagaan dan pelancongan yang semakin berkembang antara Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Vietnam.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!